Posts

Showing posts from November, 2018

MATA KUCING BERAIR

Image
Kekadang kucing akan mengeluarkan air matanya yang dalam kadar kekerapan dan banyak pada jangkamasa tertentu.Perkara ini dilakukannya, hasil tindakbalas kepada sebarang benda asing seperti habuk yang masuuk ke matanya seperti kita juga.Kucing akan berhenti mengeluarkan air matanya selepas matanya pulih dari sebarang benda asing ini daan tidak mengeluarkan lagi air matanya.                        Baka kucing : Selalunya kucing yang dari baka Persian dan Himalayan yang secara fizikal mempunyai muka leper "Flatface" akan mengeluarkan air matanya secara semulajadi dan lebih kerap .Perkara ini adalah normal bagi baka jenis ini dan kekadang air matanya agak pekat.Perkara ini adalah normal bagi kucing jenis ini,namun jika ianya mengeluarkan berlebihan ,perlulah dapatkan rawatan dari Vet..untuk kenalpastikan penyakit mata yang mungkin dihidapinya. Penjagaan mata: Penjagaan matanya adalah penting dan perlu bantuan dari kita untuk menyucikan kesan air mata ya

Cara buat personal sticker untuk whatsapp

Image
WhatsApp pada hujung Oktober yang lalu telah sedia menawarkan ciri pelekat untuk menceriakan lagi perbualan pengguna mereka. Pelbagai jenis pelekat ditawarkan dan tidak cukup dengan itu, platform pemesejan pesaing yakni Telegram, turut menyediakan pelekat khusus untuk pengguna WhatsApp. Namun, jika pelekat-pelekat yang disediakan tidak cukup memuaskan hati anda, anda boleh mencipta pelekat dengan wajah anda, ahli keluarga mahupun kenalan yang lain. Caranya sangat mudah. Pastikan anda memuat turun dua aplikasi ini;  Background Eraser  dan  Personal Stickers for WhatsApp . Sudah  muat turun ? Ikuti langkah mudah berikut. Buka aplikasi Background Eraser dan masukkan gambar yang dikehendaki untuk padam latarbelakang. Setelah siap padam latarbelakang, klik  Save  untuk simpan gambar tersebut. Sesudah itu, buka pula aplikasi Personal Stickers for WhatsApp dan ia akan mengesan gambar yang anda proses sebentar tadi secara automatik. Sekurang-kurangnya tiga gambar diperl

Syed Saddiq mahu KBS bantu Mat Redho

Image
KUALA LUMPUR: Keluhan netizen supaya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi perhatian kepada pencapaian hebat Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho akhirnya mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan itu. Menerusi kenyataan di laman Twitter miliknya, Syed Saddiq berhasrat mencalonkan atlet sukan ekstrem berusia 30 tahun itu sebagai penerima Anugerah Khas bagi Anugerah Perdana Belia Negara 2018. Katanya, pencalonan itu berdasarkan kejayaan Mat Redho menjuarai Liga Cabaran Ninja (NCL) 2018 di Perth, Australia, kelmarin selepas menewaskan juara Amerika Syarikat, Jake Murray dan wakil tuan rumah Cameron D'Silva yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dan ketiga. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan tahniah kepada saudara Mat Redho yang dinobat sebagai juara NCL 2018. "Apabila nama Mat Redho dibawa ke perhatian saya tiga minggu lalu oleh rakan netizen mengenainya, saya telah meminta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) mengambil maklum unt

P2P - How it work in Malaysia

P2P - How it works in Malaysia . Disebabkan P2P ni kind of benda baru dekat Malaysia and start terus buat utk property , ramailah yang tanya saya how it works . Yelah benda baru , ramailah yang tak tahu . Semalam saya ada post satu pasal P2P tapi itu how P2P in general works . Harini after baca statement Tun , saya dah dapat clearer picture on how it works in Malaysia . P2P dekat Malaysia ni berfungsi lain sikit . P2P ni if based on apa yang Tun cakap , dia akan pakai konsep musharakah . Most likely shariah sebab guna konsep musharakah tu . Musharakah ni joint ownership . Untuk rumah dia pakai equity sharing . P2P for housing dekat Malaysia ni berfungsi macam ni . - Abu nak beli rumah berharga RM300k , so dia akan keluar RM60k untuk beli 20% equity rumah tu . 80% equity lagi will be funded pakai duit PEER lain yang melabur dalam P2P platform tu . - Abu xpayah bayar apa2 pon ( kecuali service fees masa apply benda tu sahaja ) sepanjang dia duduk rumah tu TAPI untuk 5tahun saha

Jangan melampau buat andaian mengenai ICERD - Mujahid

Image
KEPALA BATAS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat andaian melampau membabitkan isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sehingga ia boleh mencetuskan persepsi negatif dan keretakan hubungan antara kaum. Ahli Parlimen Parit Buntar itu, berkata andaian yang mengatakan bahawa sekiranya kerajaan menandatangani perjanjian antarabangsa itu akan menyebabkan hak orang Melayu terhapus, Raja dan Islam akan tergugat adalah sama sekali tidak benar. Katanya, ICERD tidak akan sesekali mengubah entiti sesebuah negara yang ada dari sudut Perlembagaan Persekutuan, kebudayaan dan apa juga perkara berkaitan negara berkenaan. “Justeru kita bimbang dalam keghairahan ramai pihak mengenai isu ini ada yang cuba menggambarkan dengan fakta tidak betul dan tepat. “Seperti mana andaian bahawa jika ditandatangani perjanjian ini maka hak o

PTPTN: Gagal tunai janji, Adam Adli tuntut Menteri Pendidikan mohon maaf.

Image
Kuala Lumpur, 5 Nov: Aktivis PTPTN yang menyepi sekian lama akhirnya bersuara. Adam Adli pada satu hantaran di  facebook beliau  mengkritik Dr Maszlee Malik, menteri pendidikan berhubung kegagalan menteri tersebut menunaikan janji. Beliau turut mempersoalkan mengapakah tiada permohonan maaf dilakukan oleh menteri berkenaan. Apa perlu bapak menteri pelajaran kita; yang aku kenang sebagai orang baik, gemar berhujung minggu dengan teman-teman tak berumah di ibu kota, renung prestasi diri setelah beberapa purnama ini? Tak akan sekelumit kata maaf pun susah nak ditutur dek gagal memenuhi apa yang dijanjikan sendiri? Terlalu tinggikah duduknya hari ini sampai tiada rendah diri lagi dalam perkataan? Bahaya bapak menteri. Bahaya. Untung masih ada teman-teman yang terus bersuara. Hingar-bingar itu tanda orang peduli. Diam tanda orang sudah jauhkan diri, putus asa sama sekali -  Adam Adli

KPM kaji skim sarapan percuma untuk anak keluarga B40

Image
PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik. Beliau yang berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara matahari terbit berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo, Isnin.  "Lawatan hampir tiga jam itu memberi peluang untuk mengetahui sendiri kaedah pembelajaran yang melahirkan generasi yang mempunyai karakter yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.  Tambah Maszlee, KPM juga berhasrat untuk memupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika sehingga peringkat pendidikan tinggi. Beliau turut mengadakan lawatan ke Itabashi City Hall di mana Datuk Bandarnya, Takeshi Sakamoto melahirkan hasrat untuk mengadakan bandar berkembar selai

LELAKI ITU MABUK, BUKAN SALAH POLIS

JEMPOL - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan anggota pasukan itu bertindak kasar keatas seorang awam yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di hadapan sebuah bank di pekan Bahau dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, beliau telah menonton rakaman video insiden itu yang tular di media sosial dan siasatan lanjut pihaknya mendapati pemilik kenderaan tersebut sebenarnya berada dalam keadaan mabuk. Kata beliau, anggota polis terlibat langsung tidak menyentuh lelaki yang didakwa menjadi mangsa kekerasan polis tersebut, sebaliknya cuma menasihatinya supaya tidak memandu semasa sedang mabuk.  "Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya. Lelaki itu mabuk dan enggan bekerjasama apabila diminta mengalihkan keretanya kerana menghalang.  "Kami cuma menjalankan tugas dan kami mengenal pasti tempat di hadapan Maybank Bahau sebagai zon penguatkuasaan tegas (larangan meletak kenderaan)," katanya ket

AKSI KUCING TERBAIK

Image

KENAPA KUCING KERAP HILANG?

Image
Kucing kalau tak dimandulkan, jantan atau betina, akan tiba masanya mereka akan sampai tahap on heat atau hendak mengawan. Bila ini terjadi, maka mereka akan lari dari rumah untuk mencari pasangan. Ada kalanya, ketika hendak mengawan, mereka akan bergaduh, luka, cedera, hilang arah (disoriented) dan tidak jumpa jalan pulang ke rumah. Jadi sebab itulah kucing yang tidak dimandulkan punya potensi yang sangat besar untuk hilang dari rumah. Untuk mengelakkan dari kucing hilang berlaku, maka, MANDULKANLAH SEMUA KUCING ANDA JANTAN ATAU BETINA!!!!

PEMANCING HILANG DITEMUI MATI

Image
LABUAN, 5 Nov : Seorang pemancing rakyat tempat yang dilaporkan hilang tiga hari lepas ditemui mati hari ini. Mayatnya ditemukan terapung 50 meter dari jeti LKIM Kiansam oleh kakitangan Jabatan Kastam Di Raja Malaysia dan anggota Rela pada kira-kira jam 6 pagi tadi. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Labuan, Kapten Maritime Che Adnan Md Isa yang mengesahkan penemuan itu, berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Mangsa dikenal pasti sebagai Maddin Simion, 51, seorang peniaga pasar malam telah keluar memancing pada 3 Nov kira-kira jam 6 pagi sekitar Pulau Burung, dan dilaporkan hilang pada pukul 7.40 pagi pada hari yang sama.

Tahun 2019: Larangan merokok di restoran

Image
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengisytiharkan semua restoran terbuka sebagai kawasan larangan merokok dilihat sebagai tepat pada masanya. Perunding Keselamatan dan Kesihatan Awam, Mohd Sofian Osman menyifatkan ia selaras dengan rungutan sesetengah pengguna yang kurang selesa termasuk ketika berada bersama anak kecil di kedai makan. "Ia pernah dicadangkan sejak 2015 lagi ketika kaji selidik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menunjukkan terdapat 5 juta rakyat Malaysia merupakan perokok dalam kalangan umur 15 tahun ke atas. "Malah, data menunjukkan 35 peratus kematian di hospital-hospital awam adalah penyakit yang berkaitan dengan asap rokok seperti jangkitan paru-paru, kanser, jantung dan lain-lain. "Cadangan ini tepat pada masanya selepas ramai yang menganggap hak mereka untuk menikmati udara bersih dicemari oleh perokok," katanya ketika ditemubual dalam rancangan Bualan di  Astro Awani  pada Jumaat. Jelasnya, KKM boleh bekerjasama den

ARNAB MAKAN NAJIS SENDIRI?

Image
Untuk makluman anda arnab yang sihat  hanya menghasilkan 2 jenis najis iaitu najis solid atau Fecal ( yang berbentuk bulat kering dan tidak berbau) dan juga najis yang dikenali sebagai Cecotropes. Ada beberapa pemilik arnab terutama yang baru dengan arnab, akan hairan melihat arnab mereka memakan najisnye sendiri.. hahah.. bukan ke mudah kalau arnab dah memakan najisnya sendiri, kurang satu kerja. Jangan lah salah sangka najis yang dimakan oleh arnab itu dikenali sebagai Cecotropes atau cecal. Cecal dihasilkan sendiri oleh sistem semulajadi arnab, dan biasanya dimakan terus oleh arnab sebaik sahaja dikeluarkan dari “OVEN” semulajadinya. Cecal yang dimakan oleh arnab ini mengandungi bakteria baik dan juga khasiat dan diperlukan oleh arnab untuk memenuhi nutrien pemakanannya dan juga membunuh kuman jahat didalam usus.

KUCING MASIH HIDUP

Image
BETULLAH kot mitos yang mengatakan kucing ada sembilan nyawa. Macam yang jadi semalam, hayat seekor kucing peliharaan sebuah keluarga di Klang masih panjang apabila diselamatkan pihak bomba selepas terperangkap hampir 24 jam dalam saluran paip di kediaman pemiliknya. Memetik laporan  Harian Metro,  kucing betina baka siam itu dikatakan masuk ke saluran paip di kawasan garaj kereta sejak kelmarin namun gagal keluar. Menyedari binatang kesayangan mereka tersekat, keluarga tersebut lantas menghubungi pihak bomba bagi mengeluarkannya.  Pihak bomba terpaksa memecahkan simen di bahagian garaj menggunakan alat yang dibawa sebelum mengeluarkan kucing itu dan operasi tamat selepas kira-kira 20 minit.

“MANA SIGNAL?”

Image
ANGGOTA polis trafik nyaris maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya, terbabas dalam longkang di Kilometer 85 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, petang semalam. Mujur dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohd Fuzi Mohd Nayan, 34, yang bertugas Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Gua Musang hanya cedera. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota itu menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang. Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota itu menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang. Katanya, sebaik tiba di lokasi, lori yang berada di hadapan mangsa tiba-tiba membelok ke kanan tanpa memberi isyarat. Berikutan itu kata beliau, anggota itu tidak sempat mengawal motosikal sebelum merempuh pintu depan bahagian kanan lori terbabit. “Selepas pelanggaran itu,

Luahan hati seekor kucing! 🐱🐱🐱🐱🐱

Image
Luahan hati seekor kucing! 🐱🐱🐱🐱🐱