MATA KUCING BERAIR


Kekadang kucing akan mengeluarkan air matanya yang dalam kadar kekerapan dan banyak pada jangkamasa tertentu.Perkara ini dilakukannya, hasil tindakbalas kepada sebarang benda asing seperti habuk yang masuuk ke matanya seperti kita juga.Kucing akan berhenti mengeluarkan air matanya selepas matanya pulih dari sebarang benda asing ini daan tidak mengeluarkan lagi air matanya.

                      


Baka kucing :
Selalunya kucing yang dari baka Persian dan Himalayan yang secara fizikal mempunyai muka leper "Flatface" akan mengeluarkan air matanya secara semulajadi dan lebih kerap .Perkara ini adalah normal bagi baka jenis ini dan kekadang air matanya agak pekat.Perkara ini adalah normal bagi kucing jenis ini,namun jika ianya mengeluarkan berlebihan ,perlulah dapatkan rawatan dari Vet..untuk kenalpastikan penyakit mata yang mungkin dihidapinya.

Penjagaan mata:
Penjagaan matanya adalah penting dan perlu bantuan dari kita untuk menyucikan kesan air mata yang terkumpul di bawah matanya antara celah batang hidungnya.
Cara menyucikan matanya sendiri>
>> Gunakan tuala kecil yang lembut
>>Putik kapas
>> Air garam suam ataupun air laut 


***Air garam suam dapat membantu menyucikan celahan matanya serta mengelakkan dari jangkitan bakteria***




Comments

Popular posts from this blog

ARNAB MAKAN NAJIS SENDIRI?

KENAPA KUCING KERAP HILANG?