Skip to main content

KPM kaji skim sarapan percuma untuk anak keluarga B40


PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji untuk menyediakan skim sarapan percuma berkhasiat untuk anak-anak dari keluarga B40, kata Menteri Pendidikan, Maszlee Malik.
Beliau yang berada di Jepun mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini dalam lawatan kerja tiga hari ke negara matahari terbit berkata, kajian berkenaan merupakan hasil lawatan beliau ke sekolah awam Itabashi Daiichi Elementary School yang terletak Itabashi-ku, Tokyo, Isnin. 
"Lawatan hampir tiga jam itu memberi peluang untuk mengetahui sendiri kaedah pembelajaran yang melahirkan generasi yang mempunyai karakter yang baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Tambah Maszlee, KPM juga berhasrat untuk memupuk budaya kebersihan dan disiplin dari peringkat tadika sehingga peringkat pendidikan tinggi.
Beliau turut mengadakan lawatan ke Itabashi City Hall di mana Datuk Bandarnya, Takeshi Sakamoto melahirkan hasrat untuk mengadakan bandar berkembar selain mengeratkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pendidikan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

ARNAB MAKAN NAJIS SENDIRI?

MATA KUCING BERAIR

KENAPA KUCING KERAP HILANG?