“MANA SIGNAL?”


ANGGOTA polis trafik nyaris maut apabila motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya, terbabas dalam longkang di Kilometer 85 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, petang semalam.

Mujur dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohd Fuzi Mohd Nayan, 34, yang bertugas Cawangan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis, Gua Musang hanya cedera.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota itu menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota itu menunggang motosikal trafik berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Gua Musang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, lori yang berada di hadapan mangsa tiba-tiba membelok ke kanan tanpa memberi isyarat.

Berikutan itu kata beliau, anggota itu tidak sempat mengawal motosikal sebelum merempuh pintu depan bahagian kanan lori terbabit.

“Selepas pelanggaran itu, motosikal ditunggangi Mohd Fuzi terbabas ke longkang menyebabkan motosikal berkuasa tinggi milik cawangan trafik IPD Gua Musang rosak teruk,” katanya.

Mohd Taufik menasihati pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai supaya lebih berwaspada kerana kerap berlaku kemalangan sejak akhir-akhir ini membabitkan motosikal.

Katanya, antara kemalangan yang berlaku termasuk dua maut dalam kemalangan antara motosikal, kereta dan bas sekolah dalam tempoh tiga hari lalu.

“Keadaan jalan licin berikutan musim tengkujuh sekarang ini mungkin antara sebab ia berlaku. Pengguna jalan raya perlu bagi perhatian lebih untuk mengelak berlakunya kemalangan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

ARNAB MAKAN NAJIS SENDIRI?

MATA KUCING BERAIR

KENAPA KUCING KERAP HILANG?